Untuk pakej haji, anda boleh memohon dengan kami.

1. Anda perlu daftar terlebih dahulu dengan Tabung Haji.

2. Dengan pakej kami, kami akan merayu bagi pihak anda untuk tahun ini, dengan kerjasama pihak tuan / puan.

 

TATACARA PENGURUSAN HAJI SWASTA

1. Pihak pengurusan yang ingin berdaftar dengan Pihak Swasta mestilah telah didaftarkan di tabung haji terlebih dahulu.

2. Deposit sebanyak RM1000.00

3. Jemaah hendak mengikuti mestilah mengisi  borang iaitu:

a)      Borang penyertaan Haji 2013 Darul Mubarak Travel&Tours

b)      Borang Pendaftaran  Lembaga Tabung Haji*

4. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan ialah :

a)      Gambar visa berlatar belakangkan putih 8 keping

b)      Salinan IC

c)      Salinan Slip Pengesahan Pendaftaran di Tabung Haji (slip daftar haji)

d)     Salinan muka depan passport (pastikan tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tempoh musim haji)

e)      Surat rayuan 2 salinan surat rayuan dan serahkan kepada Tabung Haji (simpanan tabung haji dan Darul Mubarak).

5. Pastikan kesemua borang diisi menggunakan pen berdakwat hitam.

6. Setelah semua dokumen di atas lengkap dan telah  disemak. Semua dokumen itu akan dihantar  untuk permohonan mendapat kelulusan daripada muasassah Arab Saudi.

7.  Kemudian jemaah akan sama-sama  mengikuti penerbangan Tabung Haji dan kemudian apabila sampai di sana barulah pihak syarikat Swasta mengambil jemaah masing-masing.

Borang Pendaftaran Haji. Download