Qurban/Aqiqah

Kami membuka perkhidmatan bagi semua muslim yang ingin menjalankan ibadah Qurban/Aqiqah pada tahun ini iaitu 2012 bersamaan 1433H di KEMBOJA dengan harga RM 250.

Tarikh Tutup Ibadah Korban 1433H : 15 Oktober 2012
Ibadah Aqiqah : Dibuka Sepanjang Tahun

Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan ini untuk satu bahagian seekor lembu. Keistemewaan Ibadah qurban/aqiqah yang dilakukan ini ialah ia diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan di samping harganya yang murah.

Selain di Kemboja, Darul Mubarak juga membuka penyertaan yang hendak menyertai Qurban/Aqiqah di MEKAH dengan harga RM 450 dan di MALAYSIA dengan harga RM 420. Untuk di Malaysia, ia dilaksanakan di Pondok Pengajian Darul Mubarak, Kampung Selboh, Parit, Perak.

INFO :

QURBAN ialah binatang ternakan seperti lembu dan kambing, yang disembelih pada hari raya Aidiladha dan tiga hari selepasnya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Banyak kelebihan ibadah Qurban yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., di antaranya:
  • Amalan yang paling disukai oleh Allah pada hari raya Aidiladha (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
  • Darah binatang korban jatuh di satu tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. sebelum ia jatuh ke tanah dan menyebabkan jiwa orang  yang melakukan qurban menjadi bersih (suci) (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
  • Diampunkan semua dosa orang yang melakukan qurban pada titisan darah yang pertama keluar  dari binatang sembelihan (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
Hikmat Qurban
  • Memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup mematuhi perintah Allah s.w.t supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor kambing.
  • Menanamkan rasa syukur terhadap nikmat Allah s.w.t. yang melimpah ruah melalui perkongsian dengan golongan yang memerlukan.
  • Menguatkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan di antara umat Islam melalui aktiviti yang mencerminkan keperihatinan.
AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama.” (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
This entry was posted in Qurban & Aqiqah. Bookmark the permalink.

2 Responses to Qurban/Aqiqah

  1. ummi says:

    saya berminat untuk melakukan aqiqah untuk anak lelaki saya, pohon hubungi saya untuk maklumat lanjut, saya cuba menalefon pihak tuan tetapi tiada pihak menjawab panggilan saya, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>