SEJARAH & FALSAFAH


 

Darul Mubarak Travel and Tours Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2005 adalah syarikat pengurusan dan penyediaan khidmat pelancongan dan pengembaraan serta segala urusan yang berkaitan dengan perjalanan atau percutian di dalam juga di luar negara. Ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan memperolehi kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia

Pada awal penubuhan, ia berkhidmat sebagai wasilah kepada umat Islam melaksanakan ibadat Umrah dan Haji di Tanah Suci, kemudian berkembang kepada pelancongan dan pengembaraan ke serata dunia Islam secara profesional dan penuh etika. Pelanggan yang menyertai kami terdiri daripada semua lapisan masyarakat, kedudukan, prosesion, dan keturunan malah juga dikenali oleh sebilangan rakyat asing yang sering berurusan.

Dengan rekod perkhidmatan yang baik dan jalinan perniagaan luas, Darul Mubarak adalah pilihan ideal untuk pengurusan dan penyediaan khidmat pengembaraan. Fokus dan keutamaan kami adalah untuk membantu pelanggan yang kurang berpengalaman dalam urusan pengembaraan, memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah melaksanakan ibadat di Tanah Suci disamping membimbing pelanggan yang kurang berpengetahuan melaksanakan ibadat Umrah dan Haji. Setelah sekian lama kami amat berbangga memberi perkhidmatan kepada para pelanggan utama kami kerana menerusi konsep kerjasama dan tolong menolong, kami dapat bersama merealisasikan pengalaman baru dan jati diri kepada mereka.

Loading...