TEMPAHAN DAN BAYARAN PENDAHULUAN

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 60 hari daripada tarikh bertolak. Bayaran pendahuluan BERGANTUNG PADA HARGA TIKET PENERBANGAN SEMASA & bayaran dibuat secara tunai semasa pendaftaran. Semasa pembayaran pendahuluan dibuat, peserta perlu membawa bersama salinan kad pengenalan @ salinan muka depan passport untuk tujuan penempahan tiket.

BAYARAN PENUH

Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh berlepas. Bayaran yang menggunakan cek hendaklah dibuat 50 hari sebelum bertolak.

CAJ PINDAAN

PAKEJ PELANCONGAN PERSEORANGAN (1-5 ORANG)
Apabila pengesahan pelancongan dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada tempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50 seorang bagi setiap perubahan. Tiada sebarang perubahan boleh dibuat dalam masa 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.

PAKEJ PELANCONGAN BERKUMPULAN (5 ORANG DAN KE ATAS)
Apabila pengesahan pelancongan dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiaannya kepada tempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50 seorang bagi setiap perubahan. Tiada sebarang perubahan boleh dibuat dalam masa 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana peserta untuk membuat perubahan supaya dapat pulang lebih awal @ kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat syarikat penerbangan tersebut.

PEMBATALAN OLEH SYARIKAT

Syarikat berhak untuk membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang diluar kawalan syarikat. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif sebaiknya ke destinasi yang sama atau destinasi lain. Untuk destinasi lain, persetujuan daripada kumpulan peserta diperlukan dan sebarang tambahan bayaran berkaitan perubahan destinasi adalah dibawah tanggungjawab peserta kumpulan.

Sekiranya peserta memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada peserta selepas ditolak fi pentadbiran yang perlu dibayarkan.

BAYARAN TAMBAHAN UNTUK BILIK PERSEORANGAN ATAU MEMILIH BILIK

Susunan bilik adalah ditentukan oleh pihak syarikat di setiap destinasi. Jika seseorang memilih untuk bersendirian atau disebabkan keadaan atau memilih bilik yang lebih baik daripada yang disediakan untuk pakej, ia dikenakan tambahan harga mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak hotel.

PESERTA KANAK-KANAK

Harga pakej kanak-kanak TERTAKLUK PADA DESTINASI kerana pemotongan harga adalah berbeza linkungan umur yang ditetapkan. Manakala bayi (bawah 2 tahun) akan dikenakan harga mengikut caj yang dikenakan syarikat penerbangan dengan tiada katil dan makan.

MAKLUMAT LAWATAN DAN HARGA

Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia memberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

HARGA PAKEJ TERMASUK:

• Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
• Penginapan hotel, berdasarkan:

(i) dasar berkongsi (dua orang sebilik) ;
(ii) tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian — orang itu hendaklah membayar tambahan seorang); dan
(iii) berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama).

Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan.

• Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
• Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:

a. Dobi
b. Barangan kargo yang melebihi 20 kg.
c. Makan/ minum persendirian yang terkeluar dari aturcara.
d. Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel.
e. Wang upah dan belanja persendirian, tips dan lain-lain.

BAYARAN BALIK UNTUK PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIGUNAKAN

Bayaran balik tidak diberi jika sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan yang disediakan tidak digunakan.

PEMBATALAN & TIDAK HADIR

Jika seseorang ingin membatalkan penyertaan yang telah disahkan seperti mana yang telah ditetapkan mereka akan dikenakan pemotongan seperti berikut:
• Deposit pendaftaran : 100% dari harga tiket penerbangan udara
• Sebelum 30 hari : 100% dari harga tiket penerbangan udara
• 08 – 30 hari : 100% dari harga tiket penerbangan udara & fi visa (jika ada)
• Kurang dari 8 hari sebelum bertolak: wang tidak akan dikembalikan kesemuanya.

Jika tidak hadir semasa waktu bertolak, tiada bayaran balik akan dikembalikan. Pembayaran yang telah dibuat tetapi tidak mencukupi pada tarikh yang ditetapkan iaitu 30 hari namanya akan dibatalkan dari tempahan. Pemulangan bayaran akan dikembalikan selepas 3 bulan setelah ditolak mengikut syarat-syarat pembatalan tempahan.

DOKUMEN PERJALANAN

Dokumen perjalanan / pasport perlu diserahkan selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh dijangka bertolak. Bagi pakej-pakej anjuran Darul Mubarak, dokumen berikut diperlukan untuk permohonan visa:
a. Pasport antarabangsa – sah selama melebihi 6 bulan dan tidak kurang dari 4 muka surat.
b. 2 keping gambar terbaru – saiz berukuran passport.
c. Salinan kad pengenalan
d. Surat pengesahan hotel (jika perlu)
e. Aturcara perjalanan (jika perlu)

Kelulusan visa adalah tertakluk kepada keputusan pihak kedutaan, setiap peserta hendaklah memberikan kerjasama jika penambahan dokumen diperlukan mengikut keadaan semasa pihak kedutaan.

FI DAN CAJ YANG RELEVAN

Caj perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh peserta pelancongan (bagi pakej ground transport sahaja, jika pakej penuh bayaran caj perkhidmatan dan fi visa sudah termasuk dalam harga pakej yang disediakan)

PENOLAKAN VISA ATAU DOKUMEN

Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak,

PENOLAKAN KEMASUKAN

Syarikat tidak bertanggungjawab atau menanggung liability bagi apa-apa perbelanjaan bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barangan yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

INSURAN

Kami menasihatkan kepada semua pelanggan kami agar mempunyai insuran diri dan barang-barang untuk mendapat perlindungan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

MATA WANG

Matawang yang digunakan adalah mengikut negara yang dilawati.

TIKET

Tiket yang telah dikeluarkan adalah tiket yang khas. Ia tidak boleh disahkan dan tidak boleh dikembalikan atau diberi kepada orang lain. Penumpang yang berdaftar sahaja yang boleh menggunakan tiket tersebut. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab tentang pengurusan visa bagi individu yang hanya membeli tiket sahaja dengan pihak syarikat.

HOTEL DAN PENGINAPAN

Pihak syarikat tidak bertanggungjawab atas segala gantirugi jika hotel / penginapan yang dijanjikan tidak dapat dipenuhi atas sebab-sebab yang munasabah. Walaubagaimanapun pihak syarikat akan mencuba sedaya upaya mendapatkan hotel/penginapan yang setaraf dengannya. Penyusunan bilik untuk setiap peserta akan ditentukan oleh pihak syarikat dan peserta boleh memilih untuk menginap bersama ahli keluarga jika mengizinkan.

TANGGUNGJAWAB

Pihak syarikat hanya memberikan perkhidmatan pengangkutan/ penginapan dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan di setiap destinasi mahupun di Malaysia. Lain-lain perkhidmatan adalah bergantung kepada kesediaan pihak agen di setiap destinasi untuk menyelenggarakannya.

Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku samada disengajakan atau tidak seperti kehilangan harta benda, kelewatan, bencana alam, kebakaran, rusuhan, peperangan atau apa juga jenis kesusahan, kesulitan, ketidakselesaan dan seumpamanya yang dialami semasa tempoh lawatan termasuk juga perjalanan pergi dan balik samada melibatkan tubuh badan ataupun harta. Para peserta adalah terhalang daripada mengambil apa juga jenis dakwaan, tindakan tuntutan atau pampasan ganti rugi terhadap syarikat kami berikutan dengan permasalahan berbangkit atau yang berpunca dari pihak syarikat ataupun peserta sendiri.

Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kemalangan yang membabitkan undang-undang kerajaan kerana itu adalah diluar kawalan pihak syarikat. Semua peserta mestilah bersetuju dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan negara yang dilawatinya.

ATURCARA PERJALANAN

Setiap aturcara perjalanan yang disediakan oleh pihak syarikat boleh berubah mengikut aturcara yang ditetapkan oleh pihak agen bagi setiap destinasi yang dilawati tanpa sebarang notis.

PERINGATAN

Anda dinasihatkan tidak membuat sebarang pertukaran tempat penginapan, aturcara dan lain-lain urusan semasa mengikuti pakej ini

Loading...